Makluman Terkini!

konvo3
Isnin, Oktober 06, 2008

pakaian akademik


Pakaian Akademik Graduan yang dipakai sepanjang Majlis Konvokesyen Dan
Anugerah Mahasiswa Cemerlang dinamakan sebagai jubah atau عبايا. Jubah tersebut merupakan pakaian luar yang dipakai oleh setiap graduan. Setiap jubah terdapat tali pengikat dan warna yang berbeza di bahagian hadapan, yang menunjukkan fakulti yang berbeza. Terdapat cop جامعة الأزهر pada setiap warna jubah penerima ijazah bagi membuktikan graduan adalah lepasan Universiti Al-Azhar.


Warna-warna jubah tersebut:
• Warna kuning bagi Penerima Ijazah Sarjana Muda Syariah
• Warna merah jambu bagi Penerima Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
• Warna merah bagi Penerima Ijazah Muda Bahasa Arab
• Warna ungu bagi Penerima Ijazah Sarjana Muda Qiraat
• Warna biru bagi Penerima Ijazah Lepasan Dirasat Islamiyah

Bahagian kepala graduan Sarjana Muda akan memakai kopiah putih, manakala
graduanita Sarjana Muda memakai tudung putih menggantikan topi hitam berbentuk empat segi di bahagian atas (Mortar Board) yang menunjukkan kelainan tersendiri graduan-graduan lepasan Universiti Al Azhar As-Syariff.

0 comments: