UCAPAN PENGARAH PROGRAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Tuhan yang menjadikan hamba-Nya dengan sebesar-besar kejadian. Selawat dan salam khusus buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang memikul amanah sebagai pesuruh-Nya.
Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang kali ke-16 terus membuka tirai gelanggang pementasan. Program ini semestinya memberikan satu penghargaan yang cukup besar kepada mahasiswa dan mahasiswi seluruh Mesir yang menuntut di dalam bidang pengajian masing-masing untuk diiktiraf sebagai seorang graduan dan mahasiswa yang benar-benar lahir daripada institusi Al-Azhar.
Kejayaan yang dirakam adalah hasil titik peluh dan usaha keringat saudara dan saudari sekalian memacu perancangan dan pentadbiran pendidikan peribadi. Hasilnya, pada hari ini kalian sewajarnya diberikan penghormatan penting selaku golongan cendiakawan tulen yang diperlukan oleh masyarakat sedunia pada masa mendatang.
Graduan dan mahasiswa Islam yang dikasihi,
Lakaran kejayaan yang telah dicoretkan merupakan cerminan lahiriah yang menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh memandu kekuatan kejayaan pada hari ini. Justeru, kekuatan itu seharusnya dipupuk sehingga kita menjadi seorang mahasiswa yang benar-benar tidak polos dengan ilmu. Kita seharusnya sedar, kejayaan nilai tinta di atas sijil semata-mata bukanlah cerminan kukuh yang boleh disandarkan. Namun, adalah lebih besar kita mempraktikkan dan mendisiplinkan pengalaman sebagai seorang mahasiswa untuk terus memandu kejayaan pada masa-masa mendatang.
Saudara dan saudari sekalian,
Pada kesempatan ini, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh graduan dan mahasiswa/wi cemerlang di atas kejayaan yang telah dikecapi. Besarlah harapan saya moga dapatlah kiranya, graduan yang lahir pada FKAMC kali ini menjadi contoh dan tauladan bagi mahasiswa/wi Mesir seluruhnya dan menjadi idola dan ikutan kepada masyarakat umumnya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja dan semua pihak yang memberikan tenaga dan idea-idea yang bernas bagi melihat festival kali ini dilaksanakan dengan jayanya. Hanya Allah S.W.T. sahaja dapat membalas jasa dan budi anda semua.
“ULAMA PEWARIS NABI”
“JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH”
Salam perwarisan Islam,
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI
Pengarah,
Festival Konvokesyen & Anugerah Mahasiswa Cemerlang Kali ke-16,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2008.

0 comments:
Catat Ulasan