Makluman Terkini!

konvo3
Selasa, Oktober 07, 2008

Pengenalan

Festival Konvokesyen dan anugerah Mahasiswa/Mahasiswi Cemerlang (FKAMC) kali yang ke-16 ini merupakan satu kesinambungan usaha yang dilakukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) untuk meraikan graduan – graduan Universiti Al-Azhar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di bumi Mesir ini. Majlis ini merupakan luahan rasa penghargaan daripada PMRAM kepada mereka yang bertungkus lumus membanting tenaga dan pemikiran serta usaha untuk membina jatidiri dan peribadi yang bersiap sedia untuk berhadapan dengan masyarakat dan realiti tanah air yang penuh dengan tribulasi.


Universiti Al-Azhar sedari dulu sememangnya terkenal sebagai pusat kecemerlangan pelbagai ilmu Islam yang menghasilkan kaedah – kaedah dakwah yang berkaliber. Keunggulan institusi ini telah melahirkan ramai bakal -bakal pemikir intelektual Islam yang berkemampuan mencernakan budaya ilmu dari segenap segi baik teori mahupun praktikal. Adalah diyakini bahawa graduasi keluaran Al-Azhar dapat menangani permasalahan sosio - budaya persekitaran yang berlaku malah berkebolehan membimbing masyarakat mengikut tahap intelektual mereka. Momentum penghasilan pencernaan budaya ilmu yang diperolehi oleh mahasiswa Al-Azhar secara formal atau informal mampu menghasilkan suatu budaya inovatif tentang keilmuan itu sendiri melalui reformasi – reformasi tertentu terhadap dasar pedidikan Islam. Hasil gandingan tersebut telah menghasilkan suatu natijah mengenai pendidikan yang berteraskan keagamaan. Ia semkin diminati kerana membuka lembaran baru tentang pengajian Islam di Malaysia.

Program FKAMC kali ke-16 ini adalah diantara usaha ke arah melahirkan para ilmuan intelektual agama sesuai dengan tema ‘Ulama Pewaris Nabi’ disamping melahirkan rasa penghargaan di atas kejayaan mahasiswa / mahasiswi Al-Azhar.

0 comments: